Monday, June 18, 2012

Merindu


Merindu
Kumerinduimu
Kau satu
Dalam hati dan jiwaku..

Merindu
Kumerinduimu
Terasa sunyi
Tanpamu di sisiku..

Merindu
Kumerinduimu
Terasa sepi
Hidup tanpamu
Terasa berjauhan
Tiada kau bersamaku..

Merindu
Kumerinduimu
Wajahmu selalu
Datang membayangi mindaku
Kaulah idamanku
Kaulah kehidupanku..

Kaulah terindah
Melengkapkan bahagiaku
Menyerikan hari-hariku
Mengamit rasa cinta
Mencipta rasa rindu...
Kaulah isteriku...


Zalnun 23 Februari 2012, 3.25ptg

Larian Sempena Hari Keputeraan Ke-68 - UPEN (23 Mei 2011)






Sebelum petandingan bermula














Senaman dan perbincangan strategi sebelum pertandingan












Dua jaguh bergambar sebelum pertandingan bermula (jaguh la sangat)












First Runner : Ba-e memulakan langkah larian














Second Runner : Ubai berlari dengan gaya yang mengamankan..














Wednesday, June 15, 2011

Hakikat pekerjaan sekarang

Aku tak pasti bila tamat tempoh aku bekerja di UPEN. Tapi dah ada ura-ura yang bertiup kencang tentang penamatan tempoh kerja. Hakikatnya, aku kena akur dan sedar bahawa kerja aku ada sekarang ni, bukanlah satu kerja yang hakiki yang memungkinkan jaminan masa depan aku.

Namun, aku sentiasa beringat apabila aku dapat sesuatu yang aku suka atau perlu, aku juga perlu bersedia jika suatu hari nanti ditakdirkan aku akan kehilangannya. Macam tu juga dengan pekerjaan aku sekarang ni.

Kalau la rezeki aku hingga setakat tu ja, aku akan terima dan redha..aku percaya setiap yang berlaku tu, pasti ada hikmahnya. Mungkin perkara yang lebih baik akan datang menyusul menyapa aku..Insyaallah..Moga-moga...

Monday, June 13, 2011

Bagaimana menjaga hati semua orang

Bagaimana menjaga hati semua orang????Persoalan yang sering bermain-main dan berlari-lari di benak fikiranku..

Bukan semua hati aku boleh jaga..walaupun sebenarnya aku dah cuba jaga. Tapi terguris juga. Bagi aku, antara elemen penting dalam pergaulan dan berkawan ni..ketulusan dan ketelusan. Mungkin sikap aku yang kadang-kadang terlalu berterus terang buat orang berkecil hati. Lepas ni aku akan cuba guna konsep`ketelusan dan ketulusan yang rasional'...maksud aku perlakuan berterus terang yang bertempat..kena pada masa, tempat dan environment.

Friends and everyone, i`m sorry if i make something wrong in my words..

Monday, April 4, 2011

Bermalam di Bilik Gerakan Banjir, Kompleks DUN

Malam ni, kakitangan UPEN ditugaskan di Bilik Gerakan Banjir, Kompleks DUN dari jam 12.00 mlm - 8.00 pg...Em...tido kat sini jawabnya.
Tapi memang meriah la hari ni..ramai yang datang..Ubai, En.Wadi, Ba-e, Kak Mardiah, Kak Intan, Bang Nuar, , Puan Fauziah,En.Din serta En.Saiful(UPKT) dan Abg Baki (Unit Protokol).
Oleh kerana kami bosan, so..kami pun main pingpong. Ni first time aku main pingpong..aku digelakkan orang..hihihih...yang penting aku try main..
Apapun, ni perkara yang menarik sb dpt main bersama2 dan buat sesuatu bersama sbg satu pasukan dan unit..cayala..

Friday, April 1, 2011

Banjir Lagi..

Dah banyak hari hujan turun..Banjir datang lagi kat Perlis. Ntahla sampai bila akan berpanjangan. Banyak keja tergendala..Hopefully, keadaan akan kembali seperti sedia kala dalam masa terdekat. Aku dan rakan2 yang lain bertugas di Kompleks DUN SUK. Kena follow up kat Pusat Penempatan banjir yang kebanyakannya di sekolah2 yang dikhaskan sebagai penempatan mangsa2 banjir. Apapun, sekurang2nya sedikit sebanyak kami dapat berbakti kepada masyarakat. Alhamdulillah..kerana kami diberi peluang oleh Yang Esa dalam membantu kesusahan orang lain yang menjadi mangsa banjir. Mungkin sumbangan yang kecil, tapi dapat mengatasi sedikit sebanyak masalah yang berlaku di pusat penempatan banjir. Aku berharap banjir yang jadi kat Perlis ni akan surut dan hujan akan berhenti. Mudah-mudahan..

Saturday, March 26, 2011

Mengapa

Diriku,
Ditinggalkan seorang,
Diriku,
Kau biarkan..

Sepi..
Aku dalam sepi,
Tanpamu..
Aku menangis..

Diriku,
Ditinggalkanmu..
Diriku,
Kausisihkan..

Sunyi..
Aku dalam sunyi..
Tanpamu..
Aku menangis

Mengapa kau biarkan
Aku dalam derita..
Mengapa kau biarkan
Aku dalam berduka..

Walaupun hakikatnya aku
Sentiasa menyayangi
Menyintaimu cuma..
Setia menanti
Setia menunggu
Walaupun ku disakiti...

Futsal 26 Mac 2011, 8.30 mlm Dfutsal

Alhamdulillah..selesai sudah permainan futsal lawan dengan CIMA 2. Hehehe..tak puas men tapi puas sebab ramai kawan datang men futsal bersama. Itu yang lebih penting dan bermakna.

Thanks buat kawan2 aku, Ubai, Shidi, Adry, Muiz, Zaidi,Am dan adik aku, Ayi yang datang men futsal bersama dan bekerjasama sebagai satu pasukan..walaupun menang, itu perkara nombor dua..yang penting happy ending..

Bagi aku, apa yang penting dalam permainan adalah kerjasama, semangat dan mencari kawan. Tak boleh gaduh2, walaupun tadi aku diterjah tapi ambil yang positif ja..janji kaki aku dan kawan2 masih selamat..huhuhu..

Terasing

Terasing kuterasing

Di dunia sendiri..

Terkapai kuterkapai

Di dunia sendiri..


Andainya kupergi

Andainya kupergi

Biarku membawa

Bersama cintamu…


Walau tak pasti,

Setiaku dihargai..

Walau tak pasti,

Diriku diingati...


Biarkan yang terindah

Bersamamu Cuma..

Biarkan yang terindah

Hanya untukmu..

Bersama bahagia baru yang diidamkan…


Friday, March 25, 2011

Futsal - 24 Mac 2011, 8.30 pm DFUTSAL CENTRE

Memang best semalam aku pi men futsal kat batu 2 (dfutsal) gelanggang A. Aku men dengan team Kg.Tunjong..semua lebih kurang 20 orang, men 2 jam..Cam besa la aku men striker..favourite position aku, walaupun kadang2 tu aku tak dapat sudahkan peluang dengan baik..hero tak selalu hebat, ada pasang surutnya..hihi

Sebenarnya, aku suka bila ramai kawan dpt kumpul sama2 men futsal, sb aku tgok pemainan futsal dari sudut yg positif..mengeratkan silaturrahim sesama pemain. Masa ni la, dapat jumpa kwn2 yang susah kita nk jumpa..bagus2.

Apapun, futsal is nothing without cooperation, futsal is nothing without fair play...