Saturday, April 11, 2009

Dinner KIY 2009

Bertarikh 23 Mac 2009 telah diadakan dinner KIY- Highlanders Uthopia dengan tema Arabian yg bertempat di Dectar. Memang menarik time ni, sebab dapat berkumpul bersama kawan2 sekolej..



Aku dan Arip
Ni first time aku bergambar dengan arip. Dia ni budak kejuruteraan awam.. Dapat jugak kami bergambar. Dia dh npk mcm pak haji dh bila pakai cam tu..








Tiup jangan tak tiup..
tiupan yg kami buat ni
memerlukan suhu 65.7 darjah celsius
dgn syarat mendonggakkan kepala
ke atas berjarak 25 cm..
huhu..






Antara `pemenang` pada malam tersebut
Inilah wajah pemenang utk kategori
peniup terbaik dan peniup semangat terbaik
..
hehe













Alip, aku, ijam dan hus










Pasangan yang dikehendaki..














Aku dan nash
Hehe..terpejam lak mata aku..ni sebab cahaya kamera ni..
penataan cahaya yg tidak elok menyebabkan kesilauan mata aku. Cuba tgok nash pun tak dapat celik mata dgn baik..

10 april 2009-Kuliah terakhir di UKM

Hari ni , kelas terakhir aku. Sedih lah..sebab lepas ni aku akan keluar dari UKM. Tak dapat la aku merasa lagi suasana belajar di kampus. Suka duka aku semuanya kat sini. Kerenah bermacam-macam kawan..dan banyak kawan.. Paling penting hubungan dengan kawan2.

Aku harap akulah antara kawan terbaik yang depa ada. Terbaikkah aku? Aku akui hakikatnya, aku bukanlah kawan yang terbaik tapi aku dah lakukan dan dah cuba lakukan yang terbaik demi kawan-kawan aku..terserahlah pulak pada tafsiran dan pandangan masing2 tentang aku. Yang penting aku dah berusaha. Segalanya impian aku, cita-cita aku, anggan aku..semuanya ada kat sini. Aku menjejak masuk ke UKM iaitu university yang tak pernah ada dalam target aku pun..sebab aku lebih menfokuskan UPSI.

Apapun, aku tetap bersyukur kepada Allah SWT kerana telah memberi aku ruang dan peluang serta pengalaman menjadi mahasiswa di UKM. Sebenarnya tak semua orang berpeluang masuk universiti walaupun mempunyai keputusan yang cemerlang. Sebenarnya aku bertuah walaupun keputusan aku tidak sebaik kwn2 aku yang lain. Aku harap segala yang indah, yang tercipta dan terwujud di UKM ni, akan berkekalan dalam ingatan dan memori setiap orang. Aku tau lepas ni, mesti aku akan merindui apa yang ada UKM terutamanya kawan2 aku..KIY,FEP, PPC(PBSM) dan yang lainnya..

Aku pastinya merindui leteran pensyarah2 aku terutamanya En.Shukri.. Bagi aku, beliau berbeza dengan pensyarah yang lain…sememangnya beliau sangat prihatin akan student2nya. Beliau tegas tetapi baik hati..nampak ja serius tp hakikatnya terselit jenaka di setiap sudut pengajarannya. Sememangnya beliau seorg yang bertanggungjawab, aku akui…

Aku pastinya juga merindui kawan2 aku yang selalu bermain futsal bersama aku..pada waktu petang2 di KIY..kawan2 yang membantu aku dalam pelajaran, kwn2 yang ada dengan aku sewaktu kesusahan..banyak lagi kenangan yang ada kat sini, yang tak mampu aku lafazkan dengan kata2 saja..

Ragam sendiri




Hazim dan aku