Saturday, December 5, 2009

Hari terakhirku

Hari ni merupakan hari terakhir aku kat hentian kajang ni..last aku dok sini sebab malam ni aku akan balik Perlis. Raya korban hari tu aku dah balik pas tu aku datang ke sini hari khamis lepas. Hari ni.. aku kena balik..aku datang amik barang-barang aku dan bayar hutang tertunggak..hehe..

Lagipun..aku nak jumpa kawan2 umah aku ni buat kali terakhir..aku sempat jumpa jaa,din,shahril dan abg faizal. shidi balik kampung..raya dan cuti semester. Apapun..timakasih kepada kalian semua sebab sudi membenarkan aku tinggal di sini dan memberi keselesaan kat aku sepanjang aku dok sini..jasa dan budi baik kalian semua akan aku hargai..Insyaallah..
Masa yang singkat ni..tak sempat utk aku bertemu kawan2 aku yg len. Memang banyak aku nak bertemu tapi..tak sempat..maafkan aku..

Teringat pulak pasal makan malam semalam..memang banyak betol aku dengan Jaa makan..sampai perut kembung..RM28.70 ..apala kami..tapi aku ingat salah satu pesan mama `pejan, kalau guna duit untuk makan tak pa..jangan guna untuk tujuan tak berfaedah..mama tak nak pejan beli cd-cd hindustan tu,membazir ja..`haa..lebih kurang cam tu la pesan mak aku..pas tu aku pun jawab `mama, pejan beli cd hindustan bagi memenuhi utiliti sut (kepuasan) pejan'..

Apapun aku kena balik malam ni..ahad ni aku ada perlawanan FUTSAL kat gelanggang D'Futsal..hehe..


p/s : > berhenti makan sebelum kenyang (mkn ala kadar-sederhana)
> jangan melawan pesan ibu bapa
> 23 hb disember ni - pernikahan kawan sekolah aku,budak UPSI..Tahniah