Wednesday, June 15, 2011

Hakikat pekerjaan sekarang

Aku tak pasti bila tamat tempoh aku bekerja di UPEN. Tapi dah ada ura-ura yang bertiup kencang tentang penamatan tempoh kerja. Hakikatnya, aku kena akur dan sedar bahawa kerja aku ada sekarang ni, bukanlah satu kerja yang hakiki yang memungkinkan jaminan masa depan aku.

Namun, aku sentiasa beringat apabila aku dapat sesuatu yang aku suka atau perlu, aku juga perlu bersedia jika suatu hari nanti ditakdirkan aku akan kehilangannya. Macam tu juga dengan pekerjaan aku sekarang ni.

Kalau la rezeki aku hingga setakat tu ja, aku akan terima dan redha..aku percaya setiap yang berlaku tu, pasti ada hikmahnya. Mungkin perkara yang lebih baik akan datang menyusul menyapa aku..Insyaallah..Moga-moga...

Monday, June 13, 2011

Bagaimana menjaga hati semua orang

Bagaimana menjaga hati semua orang????Persoalan yang sering bermain-main dan berlari-lari di benak fikiranku..

Bukan semua hati aku boleh jaga..walaupun sebenarnya aku dah cuba jaga. Tapi terguris juga. Bagi aku, antara elemen penting dalam pergaulan dan berkawan ni..ketulusan dan ketelusan. Mungkin sikap aku yang kadang-kadang terlalu berterus terang buat orang berkecil hati. Lepas ni aku akan cuba guna konsep`ketelusan dan ketulusan yang rasional'...maksud aku perlakuan berterus terang yang bertempat..kena pada masa, tempat dan environment.

Friends and everyone, i`m sorry if i make something wrong in my words..