Friday, January 30, 2009

Di antara kita

di antara kita,
tersemat cinta,
di antara kita,
tersimpan rindu..

di antara kita,
ada kasih sayang,
di antara kita,
ada sayang..

di antara kita,
ada ruang waktu,
di antara kita,
ada bahagia..

Mama-Abah

mama abah, antara anugerah terindah dariNya..aku bersyukur sgt2..sebab depa aku ada kat sini..
aku rasa rindu sangat kat depa..eee..dah la aku dok jauh..nak saja aku cium pipi abah aku tp aku segan..huhu..kalau pipi mama tu, confirm setiap kali aku ada kat umah mesti mama dicium aku yg comel ni(comelkah aku ni????)..bkn bermakna aku lebih sayangkan mama tapi..aku dah besa dgn mama..klu aku buat cam tu kat abah mesti abah heran lalu kuar la satu dialog yg agak dramatik..cmni dialog dia..`aik, dh buang tebiat ka..???tiba2 ja`..mungkin la dialog cm tu..

mama abah, memang banyak jasa dan pengorbanan depa kat aku dan adik beradik yang lain. aku akui mungkin aku bukanlah 100 peratus anak yang baik,tapi aku akan terus berusaha menjadi yang terbaik untuk depa...banyak yang aku nak buat utk depa tapi..aku tau sebanyak mana yang aku buat,takkan terbalas dengan budi,jasa dan perngorbanan mama abah. Aku tak dapat bayangkan...knp ada anak yang sanggup biar ibu bapa depa derita..geramnya aku..depa memang tak dak otak,tak boleh pk...bodol

mama abah, memang aku sayang depa..nak saja aku cakap mama,`pejan sayang mama..sayang sangat2`..kat abah pun,`abah,pejan sayang abah la`..huhuhu..

mama abah, setiap kali aku tgok depa..aku rasa `best`..walaupun kadang2 aku ni degil,tak dengar kata tapi aku memang nak ada dengan depa juga..sebab tu dalam pepatah aku sendiri ada menyatakan..`kesabaran mengatasi segalanya(lebih merujuk kepada emosi yg tak tenteram)`..sebab kalau kita dapat atasi perasaan marah,sedih dan perasaan lain yg tak baik, segalanya akan ok..(kena sabar dengan emosi tu..) bermakna jgn biar emosi mengatasi kesabaran...betol2(tapi aku ni bukanlah penyabar sgt..bolehla)

mama abah, aku akan sentiasa bersama dengan depa selagi aku ada di dunia..

catatan:
depa-mereka
tebiat-tabiat
bodol-xpandai

Thursday, January 29, 2009

Aku utk tesis?

Tepat jam 8.25 pg, aku cepat2 trn bawah bukit KIY utk bergegas ke bawah ke tempat menunggu bus di UO utk berjumpa din. kami ada perkara yg perlu diselesaikan...berkaitan dgn tesis..aku dan din bersama seorg kwn bertolak ke Petaling Jaya(PJ). Perjalanan kami mengambil masa hanya 30 minit..hehe..rasa cm cepat ja...bila sampai ja PJ ni, teringat pulak aku kat seorang sahabat aku,izani(iz).Aku dan iz kawan rapat masa kecik dulu pas tu kami berpisah (6tahun)..

Sebaik saja kami sampai PJ di Jalan Tandang kami terus bergegas utk ke Pusat Commerce ePerolehan..(utk soalselidik tesis din).. dan utk `merancak`kan pjalanan cerita aku ni, din terlupa utk fotostat borang kebenaran utk kajian, so kami ke tingkat 3(klu tak salah aku) utk ke MPH Bookstores Sdn Bhd..hehe..ni lah salah satu tempat yg aku nak buat temuramah(ada dlm kertas aku ni-senarai syrkt yg penah guna eLX di Selangor dgn font Copperplate Gothic Bold bersaiz 12 aku tu)..kami nak fotostat tp alang2 dah sampai,baik aku terjah terus..

So, bermulalah episod ceria aku semula..aku bersyukur sebab kedatangan aku dan din disambut baik oleh 2 org kakitgn kat situ kak sharifah dan abg affandi..dengan permulaan sapaan ayat indah aku..`Assalamualaikum..kak..saya ingin memohon kerjasama pihak kak,MPH ini utk ditemubual kerana saya mendapati syarikat ini pernah menggunakan jobsmalaysia utk cari pekerja..harap kerjasama`..aaa..lebih kurang cam tu la ayat aku..nak speaking,nanti org tak fhm pulak..sebab bahasa inggeris yg aku gunakan terlalu `tinggi` sampai tak terjangkau oleh akal fikiran yang normal..
Mungkinlah dengan keberadaan kesopanan dan kesusilaan dlm diri aku,kak tu terbuka hati utk menerima soal selidik aku..
pas tu kak tu pun panggil abg affandi utk ditemuramah oleh aku yg entah apa2 ni..dia ok. dia mmg memberi kerjasama yg baik..dia cakap dia org pertama guna eLX dlm syrkt ni..

Setengah jam pas tu, aku dan din turun ke ground floor utk berjumpa seorg kakitgn di Pusat Commerce ePerolehan tu seperti yg dijanjikan..namanya kak zaida..
Dia pun sudi memberi kerjasama kepada kami..ada gak dia bagi din maklumat dan buku berkaitan ePerolehan..dan mintak din menunggu masa utk di`approve`kan soal selidiknuya itu..

Perjalanan kami tak terhenti kat situ, lokasi seterusnya di Shah Alam(PKNS)...selepas mkn,kami ke pejabat buruh negeri Selangor (utk tesis aku) utk bertanyakan senarai syarikat yg menggunakan sistem eLX ini. Alhamdulillah..kakitangan di situ(kak norazita) juga sudi memberi kerjasama kepada aku..tanggapan negatif aku sebelum ni,tak benar sama sekali..apala aku..dan hari ni aku kembali tenang berbanding sebelum ni sebab tertekan dengan tesis..
Hari ni juga, aku nampak kesungguhan din utk menolong aku..

catatan:
KIY - Kolej Ibrahim Yaakob
UO-Kolej Ungku Omar
eLX-Electonic Labour Exchanges


Roomate-KIY 2007

Faiz,Hus,Ijam dan aku

Wednesday, January 28, 2009

Aku dan kawan-kawan

aku dan raif

aku dan kang

aku dan kerul

aku dan siva

aku dan mirul

aku dan hazim

nash dan aku

aku dan aliff

hus dan aku

ijam dan aku

aku,kerul,hus,aliff dan hazim

zul,taufiq dan aku

Anak saudaraku-BALQIS

malu-malu

Ngantuknya..

pandainya dia senyum..

15 Ogos 2007, lahirlah seorang baby yang bernama nur balqis najwa..hehe..baby itulah yang menjadi pujaan ramai..termasuk menjadi buah hati baru pak ngahnya(akulah tu)...eee..comelnya dia..


Mama Abah


mama dan abah :O)

Masa ni kami bertiga makan capati kat kedai dkt dgn umah lama aku(balai baru)..kami dtg bertiga ja..masa ni yg lain semuanya sedang tido..huhu

Blog...tesis..

Ada satu perkara yang buat aku teruja hari ni,pasal blog kawan aku..memang menarik. Aku akui blog hus memang menarik terutamanya gambar-gambar yang terdapat dlm blognya..pandai gak dia ambik gambar..ni yg membuatkan aku bersemangat meneruskan blog aku yang masih lagi ntah apa2..sekurang2nya dengan ada blog ni, boleh aku melepaskan tekanan, rindu dan yang sewaktu dengannya..bak kata pepatah aku sendiri, alang2 memblog ,biar sampai ke jinjang pelamin..ntah apa2.huhu…apapun aku memang patut bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ni. Apala aku ni kadang2 cam tak bersyukur ja..teruk betol la faizal ni..

Aduh..sunyi pulak KIY ni..cam xdak penghuni ja..3 hari lepas lagi sunyi..ni pun dh ada kwn..nash..haha..krg2 aku tak sorang2 kat sini..

Apa yg memeningkan kepala aku skg ni adalah tesis..tesis..ada sorang kawan aku penah Tanya aku..`ang sibuk buat tesis ka testis???`aku pun tak pernah terfikir ayat kreatif cam tu..ble dipraktikalkan ayat ni utk kegunaan kelak..

Aku masih memikirkan cara untuk aku menghubungi syarikat yang berkaitan dgn tesis aku..cam susah ja..sebabnya dah berkali aku contact tp xdijawabnya panggilannya..tp ada satu syarikat tu,aku contact ada org angkat..dia ckp `hello,what can I help u?`aa..lebih krg cm2 la dia ckp..aku pn terkejut la dia ckp BI..fhm2 la aku ni kan expert dlm BI..huhu