Saturday, March 26, 2011

Futsal 26 Mac 2011, 8.30 mlm Dfutsal

Alhamdulillah..selesai sudah permainan futsal lawan dengan CIMA 2. Hehehe..tak puas men tapi puas sebab ramai kawan datang men futsal bersama. Itu yang lebih penting dan bermakna.

Thanks buat kawan2 aku, Ubai, Shidi, Adry, Muiz, Zaidi,Am dan adik aku, Ayi yang datang men futsal bersama dan bekerjasama sebagai satu pasukan..walaupun menang, itu perkara nombor dua..yang penting happy ending..

Bagi aku, apa yang penting dalam permainan adalah kerjasama, semangat dan mencari kawan. Tak boleh gaduh2, walaupun tadi aku diterjah tapi ambil yang positif ja..janji kaki aku dan kawan2 masih selamat..huhuhu..

Terasing

Terasing kuterasing

Di dunia sendiri..

Terkapai kuterkapai

Di dunia sendiri..


Andainya kupergi

Andainya kupergi

Biarku membawa

Bersama cintamu…


Walau tak pasti,

Setiaku dihargai..

Walau tak pasti,

Diriku diingati...


Biarkan yang terindah

Bersamamu Cuma..

Biarkan yang terindah

Hanya untukmu..

Bersama bahagia baru yang diidamkan…


Friday, March 25, 2011

Futsal - 24 Mac 2011, 8.30 pm DFUTSAL CENTRE

Memang best semalam aku pi men futsal kat batu 2 (dfutsal) gelanggang A. Aku men dengan team Kg.Tunjong..semua lebih kurang 20 orang, men 2 jam..Cam besa la aku men striker..favourite position aku, walaupun kadang2 tu aku tak dapat sudahkan peluang dengan baik..hero tak selalu hebat, ada pasang surutnya..hihi

Sebenarnya, aku suka bila ramai kawan dpt kumpul sama2 men futsal, sb aku tgok pemainan futsal dari sudut yg positif..mengeratkan silaturrahim sesama pemain. Masa ni la, dapat jumpa kwn2 yang susah kita nk jumpa..bagus2.

Apapun, futsal is nothing without cooperation, futsal is nothing without fair play...

Thursday, March 24, 2011

Malas dengan blog

Hari ni, aku mula tulis blog semula..sebab apa ar? mungkin sebab aku terbaca blog budak2 praktikal UPEN yang dua org tu. Mengingatkan aku kembali zaman nostalgia blog aku.Depa dua tu memang `kaki blog'. Em..bagus2, yang penting depa bukan `kaki judi' atau kaki kaki yang lain..hihihik.

Apa yang menariknya, kedua2 budak praktikal tu..ada minat yang sama dengan aku..akma suka baca novel dan fazatul suka tgok cita hindustan. Kebetulan pulak..

p/s : UPEN - Unit Perancang Ekonomi Negeri

Besday mama 24 Mac 2011 ke-49

mama oh mama,

pejan tak tau nak bagi apa kat mama..pejan tau pejan suka coklat ja, mama nak coklat ka?nanti rosak gigi pulak..mama, nak hadiah apa ar..??
em..huhu..mungkin ni yang aku tanya kat mama aku..tapi aku slu tanya mama, tapi mama akan senyum ja..mama akan cakap `simpanla duit tu, untuk masa depan pejan'..terharu aku..sungguh2 aku sayang mama aku, mungkin lebih dari org lain..dia yang terbaik, dia yang terindah.. Sempena besday dia hari ni, aku nak bagi gak sesuatu kat dia..tapi aku tak tau nak bagi apa..em..

Tuesday, September 14, 2010

Aku dan Hari Raya 2010

Hari raya tahun ni aku tak dapat beraya di rumah kawan2 dan saudara yang lain. Aku terpaksa berehat sepanjang hari di rumah. Kesnya, aku kena demam campak. Adoi..

Rasa rugi pulak..tapi apa pun ..kena reda dengan takdir. Semua yg berlaku ada hikmahnya. Kdg2, byk soalan bermain di fikiran aku,macam mana la keadaan kawan2 batch aku masa UKM dulu, kwn2 masa sekolah dlu, kwn2 masa PLKN dulu, kwn2 masa kem WILDERNESS dlu, kwn2 di tempat keja lama, Sejagat Indah Enterprise dan kwn2 yg bekerja membanci ..em..harap2 semua ok.

Bolehkah buat reunion untuk semua tu???mesti masing2 sibuk dengan hal masing2..
Lama sggh aku tak menulis dlm blog ni...mgkin sebab faktor kesibukan..

Apa apa pun, aku kena sembuh sebelum jumaat ni,,,sebab MC aku dah habis. Aku perlu bekerja.
Dah lama keja aku tinggalkan..

Saturday, December 19, 2009

Semakin lama semakin tinggi

Ni gambar kami adik beradik (sepupu sepapat)..masa tangkap gambar ni masa hari raya..tahun berapa aku pun dah tak ingat..lama gak..
dari kiri :iwan(shah),sabila, adik(ayi),sharin,aku dan abang(farid).

Kenangan kami tiga beradik



Ni antara foto kami 3 beradik masa kecik. Aku tak ingat umo kami berapa masa ni..dari kiri : aku,adik aku(ayi) dan abang aku(farid).








Kalau tak salah aku, gambar ni diambil selepas aku dgn abg aku balik dari tadika PASTI.








Masa ni, kami di Bukit Bendera..jalan2 dgn mama abah..









Gambar di Taman Bahagia, Balai Baru..kediaman lama kami.








Kami bergambar di taman Jalan Medan Kangar, selepas selesai Ujian Taekwondo

Futsal ADUN Pdg Besar 2009

Ahad 13 dis 2009: Hari ni ,hari pertandingan Futsal tertutup DUN Pdg Besar..aku dan rakan2 mewakili pasukan KG.DARAT.

Kami diletakkan dalam Kumpulan A yg terdiri daripada team semadong, bukit manik dan kg.belukar..Perlawanan pertama, kami menentang pasukan kg.belukar dan kami telah memenanginya dengan jaringan 3 gol tanpa balas. Perlawanan ke2 pula menentang pasukan semadong yg berkesudahan seri 1 sama dengan jaringan di akhir permainan daripada pasukan semadong menerusi sepakan penalti. Memang kecewa kami..

Malamnya pula, kami menentang pasukan Bukit manik…dan kami berjaya menewaskan mereka dengan jaringan 3 gol kosong. Keputusan ini melayakkan kami ke Suku Akhir menentang pasukan Taman Emas iaitu pasukan pilihan dalam kejohanan ini.

Kehilangan 5 orang pemain asal dalam pasukan kami memberi kesan terhadap permainan pasukan kami. Akhirnya, kami kecundang dengan gol mudah..

Apapun, aku jadikan kekalahan di suku akhir ni sebagai iktibar utk aku menghadapi perlawanan yang akan datang.

Keputusan dan senarai penjaring-penjaring dalam team KG.DARAT


Kg. Darat vs Kg.Belukar (3-0) > faizal 2 gol,shahrul 1 gol


Kg.Darat vs Semadong (1-1) > faizal 1 gol


Kg.Darat vs Bukit Manik (3-0) > faizal 1 gol, Rohaizat 2 gol

Saturday, December 5, 2009

Hari terakhirku

Hari ni merupakan hari terakhir aku kat hentian kajang ni..last aku dok sini sebab malam ni aku akan balik Perlis. Raya korban hari tu aku dah balik pas tu aku datang ke sini hari khamis lepas. Hari ni.. aku kena balik..aku datang amik barang-barang aku dan bayar hutang tertunggak..hehe..

Lagipun..aku nak jumpa kawan2 umah aku ni buat kali terakhir..aku sempat jumpa jaa,din,shahril dan abg faizal. shidi balik kampung..raya dan cuti semester. Apapun..timakasih kepada kalian semua sebab sudi membenarkan aku tinggal di sini dan memberi keselesaan kat aku sepanjang aku dok sini..jasa dan budi baik kalian semua akan aku hargai..Insyaallah..
Masa yang singkat ni..tak sempat utk aku bertemu kawan2 aku yg len. Memang banyak aku nak bertemu tapi..tak sempat..maafkan aku..

Teringat pulak pasal makan malam semalam..memang banyak betol aku dengan Jaa makan..sampai perut kembung..RM28.70 ..apala kami..tapi aku ingat salah satu pesan mama `pejan, kalau guna duit untuk makan tak pa..jangan guna untuk tujuan tak berfaedah..mama tak nak pejan beli cd-cd hindustan tu,membazir ja..`haa..lebih kurang cam tu la pesan mak aku..pas tu aku pun jawab `mama, pejan beli cd hindustan bagi memenuhi utiliti sut (kepuasan) pejan'..

Apapun aku kena balik malam ni..ahad ni aku ada perlawanan FUTSAL kat gelanggang D'Futsal..hehe..


p/s : > berhenti makan sebelum kenyang (mkn ala kadar-sederhana)
> jangan melawan pesan ibu bapa
> 23 hb disember ni - pernikahan kawan sekolah aku,budak UPSI..Tahniah