Saturday, March 26, 2011
Mengapa
Ditinggalkan seorang,
Diriku,
Kau biarkan..
Sepi..
Aku dalam sepi,
Tanpamu..
Aku menangis..
Diriku,
Ditinggalkanmu..
Diriku,
Kausisihkan..
Sunyi..
Aku dalam sunyi..
Tanpamu..
Aku menangis
Mengapa kau biarkan
Aku dalam derita..
Mengapa kau biarkan
Aku dalam berduka..
Walaupun hakikatnya aku
Sentiasa menyayangi
Menyintaimu cuma..
Setia menanti
Setia menunggu
Walaupun ku disakiti...
Futsal 26 Mac 2011, 8.30 mlm Dfutsal
Thanks buat kawan2 aku, Ubai, Shidi, Adry, Muiz, Zaidi,Am dan adik aku, Ayi yang datang men futsal bersama dan bekerjasama sebagai satu pasukan..walaupun menang, itu perkara nombor dua..yang penting happy ending..
Bagi aku, apa yang penting dalam permainan adalah kerjasama, semangat dan mencari kawan. Tak boleh gaduh2, walaupun tadi aku diterjah tapi ambil yang positif ja..janji kaki aku dan kawan2 masih selamat..huhuhu..
Terasing
Terasing kuterasing
Di dunia sendiri..
Terkapai kuterkapai
Di dunia sendiri..
Andainya kupergi
Andainya kupergi
Biarku membawa
Bersama cintamu…
Walau tak pasti,
Setiaku dihargai..
Walau tak pasti,
Diriku diingati...
Biarkan yang terindah
Bersamamu Cuma..
Biarkan yang terindah
Hanya untukmu..
Bersama bahagia baru yang diidamkan…
Friday, March 25, 2011
Futsal - 24 Mac 2011, 8.30 pm DFUTSAL CENTRE
Sebenarnya, aku suka bila ramai kawan dpt kumpul sama2 men futsal, sb aku tgok pemainan futsal dari sudut yg positif..mengeratkan silaturrahim sesama pemain. Masa ni la, dapat jumpa kwn2 yang susah kita nk jumpa..bagus2.
Apapun, futsal is nothing without cooperation, futsal is nothing without fair play...
Thursday, March 24, 2011
Malas dengan blog
Apa yang menariknya, kedua2 budak praktikal tu..ada minat yang sama dengan aku..akma suka baca novel dan fazatul suka tgok cita hindustan. Kebetulan pulak..
p/s : UPEN - Unit Perancang Ekonomi Negeri
Besday mama 24 Mac 2011 ke-49
pejan tak tau nak bagi apa kat mama..pejan tau pejan suka coklat ja, mama nak coklat ka?nanti rosak gigi pulak..mama, nak hadiah apa ar..??
em..huhu..mungkin ni yang aku tanya kat mama aku..tapi aku slu tanya mama, tapi mama akan senyum ja..mama akan cakap `simpanla duit tu, untuk masa depan pejan'..terharu aku..sungguh2 aku sayang mama aku, mungkin lebih dari org lain..dia yang terbaik, dia yang terindah.. Sempena besday dia hari ni, aku nak bagi gak sesuatu kat dia..tapi aku tak tau nak bagi apa..em..
Tuesday, September 14, 2010
Aku dan Hari Raya 2010
Rasa rugi pulak..tapi apa pun ..kena reda dengan takdir. Semua yg berlaku ada hikmahnya. Kdg2, byk soalan bermain di fikiran aku,macam mana la keadaan kawan2 batch aku masa UKM dulu, kwn2 masa sekolah dlu, kwn2 masa PLKN dulu, kwn2 masa kem WILDERNESS dlu, kwn2 di tempat keja lama, Sejagat Indah Enterprise dan kwn2 yg bekerja membanci ..em..harap2 semua ok.
Bolehkah buat reunion untuk semua tu???mesti masing2 sibuk dengan hal masing2..
Lama sggh aku tak menulis dlm blog ni...mgkin sebab faktor kesibukan..
Apa apa pun, aku kena sembuh sebelum jumaat ni,,,sebab MC aku dah habis. Aku perlu bekerja.
Dah lama keja aku tinggalkan..
Saturday, December 19, 2009
Semakin lama semakin tinggi
Kenangan kami tiga beradik
Ni antara foto kami 3 beradik masa kecik. Aku tak ingat umo kami berapa masa ni..dari kiri : aku,adik aku(ayi) dan abang aku(farid).
Kalau tak salah aku, gambar ni diambil selepas aku dgn abg aku balik dari tadika PASTI.
Masa ni, kami di Bukit Bendera..jalan2 dgn mama abah..
Gambar di Taman Bahagia, Balai Baru..kediaman lama kami.
Kami bergambar di taman Jalan Medan Kangar, selepas selesai Ujian Taekwondo
Futsal ADUN Pdg Besar 2009
Ahad 13 dis 2009
Kami diletakkan dalam Kumpulan A yg terdiri daripada team semadong, bukit manik dan kg.belukar..Perlawanan pertama, kami menentang pasukan kg.belukar dan kami telah memenanginya dengan jaringan 3 gol tanpa balas. Perlawanan ke2 pula menentang pasukan semadong yg berkesudahan seri 1 sama dengan jaringan di akhir permainan daripada pasukan semadong menerusi sepakan penalti. Memang kecewa kami..
Malamnya pula, kami menentang pasukan Bukit manik…dan kami berjaya menewaskan mereka dengan jaringan 3 gol kosong. Keputusan ini melayakkan kami ke Suku Akhir menentang pasukan Taman Emas iaitu pasukan pilihan dalam kejohanan ini.
Kehilangan 5 orang pemain asal dalam pasukan kami memberi kesan terhadap permainan pasukan kami. Akhirnya, kami kecundang dengan gol mudah..
Apapun, aku jadikan kekalahan di suku akhir ni sebagai iktibar utk aku menghadapi perlawanan yang akan datang.
Keputusan dan senarai penjaring-penjaring dalam team KG.DARAT
Kg. Darat vs Kg.Belukar (3-0) > faizal 2 gol,shahrul 1 gol
Kg.Darat vs Semadong (1-1) > faizal 1 gol
Kg.Darat vs Bukit Manik (3-0) > faizal 1 gol, Rohaizat 2 gol