Saturday, December 19, 2009
Semakin lama semakin tinggi
dari kiri :iwan(shah),sabila, adik(ayi),sharin,aku dan abang(farid).
Kenangan kami tiga beradik
Ni antara foto kami 3 beradik masa kecik. Aku tak ingat umo kami berapa masa ni..dari kiri : aku,adik aku(ayi) dan abang aku(farid).
Kalau tak salah aku, gambar ni diambil selepas aku dgn abg aku balik dari tadika PASTI.
Masa ni, kami di Bukit Bendera..jalan2 dgn mama abah..
Gambar di Taman Bahagia, Balai Baru..kediaman lama kami.
Kami bergambar di taman Jalan Medan Kangar, selepas selesai Ujian Taekwondo
Futsal ADUN Pdg Besar 2009
Ahad 13 dis 2009
Kami diletakkan dalam Kumpulan A yg terdiri daripada team semadong, bukit manik dan kg.belukar..Perlawanan pertama, kami menentang pasukan kg.belukar dan kami telah memenanginya dengan jaringan 3 gol tanpa balas. Perlawanan ke2 pula menentang pasukan semadong yg berkesudahan seri 1 sama dengan jaringan di akhir permainan daripada pasukan semadong menerusi sepakan penalti. Memang kecewa kami..
Malamnya pula, kami menentang pasukan Bukit manik…dan kami berjaya menewaskan mereka dengan jaringan 3 gol kosong. Keputusan ini melayakkan kami ke Suku Akhir menentang pasukan Taman Emas iaitu pasukan pilihan dalam kejohanan ini.
Kehilangan 5 orang pemain asal dalam pasukan kami memberi kesan terhadap permainan pasukan kami. Akhirnya, kami kecundang dengan gol mudah..
Apapun, aku jadikan kekalahan di suku akhir ni sebagai iktibar utk aku menghadapi perlawanan yang akan datang.
Keputusan dan senarai penjaring-penjaring dalam team KG.DARAT
Kg. Darat vs Kg.Belukar (3-0) > faizal 2 gol,shahrul 1 gol
Kg.Darat vs Semadong (1-1) > faizal 1 gol
Kg.Darat vs Bukit Manik (3-0) > faizal 1 gol, Rohaizat 2 gol
Saturday, December 5, 2009
Hari terakhirku
Lagipun..aku nak jumpa kawan2 umah aku ni buat kali terakhir..aku sempat jumpa jaa,din,shahril dan abg faizal. shidi balik kampung..raya dan cuti semester. Apapun..timakasih kepada kalian semua sebab sudi membenarkan aku tinggal di sini dan memberi keselesaan kat aku sepanjang aku dok sini..jasa dan budi baik kalian semua akan aku hargai..Insyaallah..
Masa yang singkat ni..tak sempat utk aku bertemu kawan2 aku yg len. Memang banyak aku nak bertemu tapi..tak sempat..maafkan aku..
Teringat pulak pasal makan malam semalam..memang banyak betol aku dengan Jaa makan..sampai perut kembung..RM28.70 ..apala kami..tapi aku ingat salah satu pesan mama `pejan, kalau guna duit untuk makan tak pa..jangan guna untuk tujuan tak berfaedah..mama tak nak pejan beli cd-cd hindustan tu,membazir ja..`haa..lebih kurang cam tu la pesan mak aku..pas tu aku pun jawab `mama, pejan beli cd hindustan bagi memenuhi utiliti sut (kepuasan) pejan'..
Apapun aku kena balik malam ni..ahad ni aku ada perlawanan FUTSAL kat gelanggang D'Futsal..hehe..
p/s : > berhenti makan sebelum kenyang (mkn ala kadar-sederhana)
> jangan melawan pesan ibu bapa
> 23 hb disember ni - pernikahan kawan sekolah aku,budak UPSI..Tahniah
Tuesday, December 1, 2009
Futsal - Stadium Utama >tadza
Memang aku puas men hari ni tp kasut yg aku pakai masa men futsal tu, tak sesuai la. Aku pinjam kasut abg. Kasut aku pecah. Adoi.,..dah la ni first time aku men futsal kat TADZA,stadium utama..frustsiletatet(bahasa inggeris yg di francaiskan) betol aku..
Petang tadi pulak aku tolong abah edit kad kawin abang..adoi..pening kepala gak nak edit. Sebab aku memang tak berapa pandai mengedit2 ni..edit mengarut2 ble la..hehe..
P/S :abang aku nak kawin dah, adik aku dah kawin..aku tak kawin2 lagi..sodeh den..
Sunday, November 22, 2009
Bersama
Pasti kugembira
Andainya kau
Terhias dengan senyuman
Bahagia bersamamu
Menyerlahkan cahaya
di wajahmu..
Dan tak ingin aku
Melihat duka dalam hidupmu
Pasti kuresah pasti kugelisah
Kerana kau terseksa..
Kan kusentiasa bersamamu
Selagi aku terdaya..
Kan kusentiasa denganmu
Selagi ada hayatku…
Wednesday, November 11, 2009
Catatanku 11 November 2009
Memang aku akui, untuk dapatkan sesuatu yg besar kita harus mengorbankan yg kecil..tp ntahlah kenapa pulak aku rasa aku yg akan terkorban..ish..ish..ish..
Syukurla sb hari ni, ochi(firdaus) hantar aku balik hentian kajang. Jimat sikit duit aku.
Balik umah pulak, jaa bagitau aku dia nak berhenti keja..dia tunjuk notis sebulan surat letak jawatan. dia cakap dia tak nak keja dah, dia nak rehat sebulan sb nak tenangkan fikiran yg kusut..
Nampaknya, aku stay sini hingga hujung tahun ni saja la.....sb shidi berkemungkinan berpindah ke kolej di UKM, jaa balik Perak, din mungkin pindah cheras kalau confirm keja, sharil pulak mgkin dok umah dia klu dpt wartawan..fuh..
Tuesday, November 10, 2009
`My Career My Future` Programmes
aku bab-bab cakap bahasa inggeris ni mmg aku tak pandai..boleh la sekadar cakap tapi bila interview, aku jadi blur, blank..hidup kukelam tanpa cahaya..
apapun, aku akan berusaha..tapi interview sok aku tak dapat pergi bcoz aku kena pergi program tu..
Program ni bawah my-Partner sdn. bhd. dengan kerjasama MOHE..dan ada sangkut paut dgn SCICOM..fuh..susah gak. Asyik speaking ja tapi aku still sama. Apapun, aku akan cuba..cuba jaya..try to be successful (ntah betol ntah tak ayat aku ni).
Sebenarnya aku teramatlah bersyukur sebab aku dapat kawan2 baru di sini..semuanya baik belaka..tp aku still antara yg terhensem kat sana..huhuhu..
p/s : good luck to din(my ex-coursesmate) untuk praktikal test kat TESCO cheras as MT..
tahniah kat housemate(hentian kajang), sharil untuk interview wartawan utusan Malaysia..
Monday, November 9, 2009
Thursday, November 5, 2009
Catatan 23-24 Okt. 2009
Jumaat,23 oktober 2009
> Agak lewat roommate aku, jaa bgn hari ni..cam besa la..dia p keja lewat..aku kejutkan dia tapi cam besa la,dia buat de` ja..sememangnya pancreas..apapun dia p keja juga.
Secara zahirnya yg aku lihat, dia pakar dlm hal2 komputer..pembaikan computer..mmg ptt pun dia terer sb tu keja dia(technican)..
Aku ni masih dok saja2..main game FIFA 10..apa pun, aku dan jaa berkongsi hobi yg sama..kedua2 nya `gila` game yg berkaitan dgn bola sepak..mmg keja kami hari2 main game ni sejak aku beli game ni kat kajang..
Lebih kurang kul 2.15ptg,arip call aku..dia ajak aku pi keja dengan dia..keja berkaitan projector,LCD screen dan yg sewaktu dgnnya..syukur Alhamdulillah..ada gak kwn aku yg still ingat aku..boleh jugak aku dapat `duit tepi`(side income)..bukannya duit depan atau belakang dan bukan jugak duit bawah..hehe..
Sebenarnya projek ini di bawah kamil(tempt praktikal kamil)..pasal PPR (projek perumahan..)..aku dan arip sampai di Cheras lbh kurang kul 5.30 ptg..kami buat `setting` kul 8 lbh..tu pun dh cam lewat dh..majlis start kul 8.30 mlm. Kelam kabut jugak masa tu.
p/s : arip -baru menang tempat ketiga untuk bola sepak team kiy..bgs2..
jaa – dlm proses mencari awek..
Sabtu, 24 oktober 2009
>Aku berbual dengan abg faizal (penghuni rumah sewa aku ni juga)..dia keja di Putrajaya. Dia ckp kat aku jgn memilih keja..aku fhm maksud dia.Cari pengalaman sebanyak mungkin dulu..itu yg penting.
Sebenarnya, bukannya aku memilih keja tapi aku tak berpeluang memilih keja sb keja tak pilih aku lagi..klu dpt, mgkin aku sapu ja keja tu..asalkan halal..wek(kecewa seketika- 2saat bersedih)
Terasa bersalah ja sebab asyik marah2 nun..apala aku ni..kdg2 kpala angin..cian dia..
Apapun,aku akan sentiasa cuba menjaga hubungan baik aku dengan keluarga aku, nun, kwn2, guru2,psyarah,jiran2 dan lain-lain lagi(kucing jiran sebelah rumah aku dan kucing2 yg aku terjumpa/ternampak,ikan yg dibela abg aku,ayam kat kampong aku…)
Banyak yg blum aku tau..berita ttg kwn2 aku..kwn2 pbsm aku dh tau serba sdikit..ada lg yg aku tak tau..kwn2 fep..adoi..kwn2 sekolah..kwn2 fep yg masih still kat ukm..ntah depa buat apa skg ni..bat apa ar?
p/s : kata din, abg faizal penuh misteri..
Catatanku seketika
Namun, aku masih bersyukur sebab masih ada kawan yg kadang2 faham kesusahan aku walaupn baru mengenali. Baru mengenali tetapi seolah2 sudah lama mengenali. Aku bersyukur pada-Nya, Allah S.W.T kerana Dia,aku masih di sini..aku masih mampu bernafas, menghirup udara kurniaan-Nya, menikmati kehidupan pemberian-Nya, melalui hari-hari yg sukar dengan ketabahan dan diberi kemudahan dari-Nya..
Aku tahu aku ada ketikanya alpa,ada ketikanya leka..tetapi aku akan sentiasa cuba memperbaiki diri ini..sesungguhnya kita sebagai manusia ,tiada yg sempurna..
Sudah hampir sebulan aku di sini, menikmati kehidupan aku bersama kawan2..terasa amat rindu pulak pada mama,abah, adik abang..dan si kecil,balqis..
Adakalanya hati aku ingin saja membawaku pulang ke rumah asalku..namun masih lagi yg aku belum capai..yg pastinya, Insyaallah..aku kan pulang jua pada 26 disember ini..hari bersejarah buat abangku..
Thursday, October 22, 2009
Aku masih di sini
Apapun, yg pasti...bila aku dtg sini,dpt gak aku jumpa kwn2 aku..dan terkini aku ada roomate..hehe..dia agak gila cam aku..
Tuesday, October 20, 2009
Andainya aku bermain untuk pasukan Perlis
Sunday, October 18, 2009
Ragam permainan guli
Ragam masa first year-06
Thursday, September 10, 2009
Wednesday, September 9, 2009
Wednesday, August 12, 2009
Belum ada rezeki
so, aku amik keputusan utk tidak melapor diri di jbtn tu...lagpn kontrak ja..mama abah n adik aku dah amik cuti utk dtg konvo aku, takkan aku nak sia2 kan cuti depa..depa pn ble bcuti utk aku, utk dtg konvo aku...
Walaupun keptsn kslrhn exam aku agak menghambarkan, tp aku tetap bersyukur sb masih ada ruang utk aku sambung belajar. Apapun, aku nak keja dulu..
Buat masa sekarang aku buat keja part-time ja..tu pun nk berhenti hujung bln ni..
Sunday, August 9, 2009
Sunday, June 14, 2009
Thursday, June 11, 2009
Friday, May 15, 2009
150509-memori
Banyak yg aku belajar..byk yg aku dpt..wpn kdg2 sukar utk aku fahami.
hari ni..mungkin yg terakhir aku berada kat sini(kiy-ukm)..pasti aku rndu nt..
Rasa sedih sgt kat hati aku ni..mmg la aku akan dtg nt..tp utk konvo(klu tak dak apa2 yg mhalang)..bkn utk tinggal di sini lg..
Aku suka melihat gelagat kwn2 aku..msg2 dgn pwatakan msg2..paling happy bila aku melihat kemesraan antara kwn2 aku..mmg tersentuh hati aku..syafiq-wan,hus-faiz,hus-arip,alif-kamil,ijam-aliff,ariff-mizan,khairul-zaidan,
nash-khairi,pali-muzakir,mojo-saiful,syukri-zahari,maliki-zahid-badio,asri-raif..
Moga segala kasih sayang yg tcipta antara depa semua..kekal sentiasa dan terhindar sengketa..
Aku tau..aku pasti akan mengingati kwn2 aku terutamanya yg banyak menolong aku..
Apapun,hakikat tetap hakikat..
Pahit manis sememangnya ada..takkan terlepas lari dari perjalanan yg kita lalui..
ALAMANDA Bowling-9 oktober 2008-pic
Thursday, May 7, 2009
Terpisah kita
Tak sempat bersama di akhir waktu,
Telah pergi semuanya,
Meninggalkan kenangan bersama..
Ingin sahaja aku,
Mendekatimu,
Bersamamu hingga hujung waktu..
Terpisah jua,
Kita terpisah,
Hanya takdir-Nya,
Mampu pertemukan semula,
Mudah-mudahan..
Terakhir kali
Tugas terakhir aku..TESIS..
Semalam exam yg paling membuatkan aku ttdo...
Tercalar gak rekod aku utk exam semester ni..
Exam semalam buat aku tergamam seketika..
Apapun semua dh berlalu..
Kawan-kawan yang disayangi..
Kebanyakan dah balik..
Tinggal aku ja..
Baru ja td aku tempah bilik
Utk stay seminggu lg kt sini..
Sisa terakhir aku..
Kat UKM..
Mungkin lepas ni tiada lagi..
Mungkin masih ada..
Itupun bergantung pada-Nya..
Dialah yang menentukan segala-galanya..
Td aku call mama dan abah..
Terubat gak rindu ni..
Dapat dgr sora depa..
Sejuk hati aku..
Tuesday, April 14, 2009
BSMM-PPC 10
Logo sekolah menengah aku
Monday, April 13, 2009
Perlis Vs Selangor, 1 Januari 2008
Skuad Perlis berbincang sebelum perlawanan bermula
Percubaan dari salah seeorang pemain Perlis
Aksi memukau pemain Perlis, Redzwan Othman
Kawalan pemain Perlis ke atas Safiee Sali (Selangor)
Rudie (Perlis) mengejar pemain Selangor
Terjahan Safiee ke atas Redzwan untuk mendapatkan bola
Kad kuning kepada pemain Perlis
Es Lizuan mengalami kesakitan, dikasari oleh Syukor Adan
Berakhirnya perlawanan..kemenangan berpihak kepada Perlis
Jurulatih Perlis, Rahman Ibrahim