Terasa sudah lama aku tidak menulis blog ini..mungkin aku sengaja menyibukkan diri aku walaupun aku sebenarnya tak sesibuk mana berbanding teman2 ku yg bekerja. Terasa diri ini seakan dilupai..tak mengapa lah...sebab susah utk mencari kawan yg sebenar-benarnya kawan.
Namun, aku masih bersyukur sebab masih ada kawan yg kadang2 faham kesusahan aku walaupn baru mengenali. Baru mengenali tetapi seolah2 sudah lama mengenali. Aku bersyukur pada-Nya, Allah S.W.T kerana Dia,aku masih di sini..aku masih mampu bernafas, menghirup udara kurniaan-Nya, menikmati kehidupan pemberian-Nya, melalui hari-hari yg sukar dengan ketabahan dan diberi kemudahan dari-Nya..
Aku tahu aku ada ketikanya alpa,ada ketikanya leka..tetapi aku akan sentiasa cuba memperbaiki diri ini..sesungguhnya kita sebagai manusia ,tiada yg sempurna..
Sudah hampir sebulan aku di sini, menikmati kehidupan aku bersama kawan2..terasa amat rindu pulak pada mama,abah, adik abang..dan si kecil,balqis..
Adakalanya hati aku ingin saja membawaku pulang ke rumah asalku..namun masih lagi yg aku belum capai..yg pastinya, Insyaallah..aku kan pulang jua pada 26 disember ini..hari bersejarah buat abangku..
No comments:
Post a Comment