Bulan 6 hari tu aku ada jual kerepek dgn kwn aku(din). Ms2 kami ada semester 3 untuk cover bilangan jam kredit kami. Kami tinggal di UO(kamsis Ungku Omar).. aku ajak din buat bisness kerepek..sebelum ni ada dia tanya nak buat bisness apa..hehe.aku cadang kan buat bisness kerepek sebab tahan lama la jgk berbanding bisness lain. Lagipun , tempat tinggal din dekat dengan kilang kerepek.
Permulaan bisness kami dulu, banyak sangat cabaran. Kebanyakan setiap kali kerepek yang diletakkan samada di fakulti atau UO pasti akan ada yg hilang. Orang curi la, monyet curi la…apala..
Tapi masa tu, aku bersyukur sangat sebab ada juga orang yang order dari luar UKM. Orang tu tinggal kat Puchong. Sekurang-kurangnya, kami dapat keuntungan jugak. Aku ingat lagi ,masa tu aku keluar ke Kajang dengan din. Kami beli bahan-bahan yang berkaitan untuk bisness kerepek, kami kutip kotak yang ada kat situ, mintak kat kedai runcit la dan macam-macam la lagi.hehe..
Dan sekarang ni, aku tak lagi buat bisness kerepek tu, walaupun memang hati aku rindu untuk buat semua tu lagi..tapi mungkin aku takdak rezeki. Aku bukannya mengalah tapi aku beralah. Apapun, aku akan sentiasa bagi sokongan kat din dengan bisness kerepek tu. Mungkin tanpa aku, akan jd lebih baik..mungkin..